Thursday, January 17, 2013

Sharifah Zohra vs Shasha Mendoza


Tak mudah sebenarnya hidup dalam alaf baru ini.

Macam-macam penghinaan dan cabaran yang kena kita lalui.

Ada yang kena banding dengan ikan jaws. Ada yang hot, jadi model tapi kena kutuk sebab kritik Himpunan Rakyat.

Hanya di hujung jari kita boleh buat satu dunia emo dengan kita.

Lantaklah kalau kita perlu susukan anak. Lantaklah kalau ada ibubapa yang menunggu panggilan. Lantaklah kalau ada cinta hati yang mahu dirai. Lantaklah kalau ada hala tuju yang mahu kita pergi.

Jika ada hujung jari yang berkata-kata sesuatu, let say seperti "Ambiga is an anarchist" atau "Himpunan Rakyat itu perbuatan sia-sia" atau "Rosmah itu idola rakyat Malaysia", nah, lupakan segala yang penting dalam hidup kau! Keadilan harus ditegakkan!

Kita bercakap dalam satu bahasa, atau dua. Tapi selalunya tatabahasa kita hanya dipenuhi kata maki.

Nah, kan aku dah kata. Hujung jari boleh bikin kau emosi.

Tanya saja Sharifah dan Shasha.

fin.

1 comment:

say- O said...

this is so deep man....so deep....